Berbalik kepada Diet Atkin, diet ni sebenarnya diet low carb, tapi high in protein and fat... whooaa, biar betul makan fat boleh jadi kurus??? hahahhaha! mesti korang x percaya kan... mau tak mahu, korang mesti juga percaya... Sebab tu korang mesti baca info kat bawah ni kalau mahu turunkan berat badan 4kg dalam seminggu!
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Ia terbahagi kepada 4 peringkat:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction :
1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas dan kurangkan pengambilan kopi.
6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan :
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Makanan yang diharamkan selama 2 minggu Induction :
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan bayangkan berapa carbs suda!.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
So, macam mana?? Anda berani sahut cabaran menjadi Atkiner? Hahahah! Diet ni memang betul2 terbukti berkesan 100% punya dijamin! Tapi tu pun tengok pada badan jugalah. Semakin gemuk, semakin cepat lah penurunan nya.. Aku pernah try diet ni bulan lepas. Tapiiiiiiii, tahan 4 hari ja dohh.. Betul2 tak tahan tengok makanan ada carbs ni, lebih2 time tu asyik2 pergi mall cari makan.. huhuhu..
Kesimpulannnya, selama 4 hari aku diet atkin, berat aku turun 2kg.. Dari 56kg-54kg.. hehhehe.. itupun, aku belum betul2 berjaya ikut pantang larang atkins sebab ada makan kuah2 manis dan termakan mihun juga.. hahhaha.. Kalau tak konfem turun 1kg sehari.. fuhhhh... so, sapa2 yang dah teringin mahu kurus cepat2 tu, jom try diet atkins yaa... Aku pun bcadang nak diet atkins seminggu sempena puasa ni.. Nanti time raya kan nak pakai baju tu biar nampak selimm juga sikit... ahhahahhaha.. okeylaah, setakat ni saja post aku pasal atkins ni.. Gudluck!
Kesimpulannnya, selama 4 hari aku diet atkin, berat aku turun 2kg.. Dari 56kg-54kg.. hehhehe.. itupun, aku belum betul2 berjaya ikut pantang larang atkins sebab ada makan kuah2 manis dan termakan mihun juga.. hahhaha.. Kalau tak konfem turun 1kg sehari.. fuhhhh... so, sapa2 yang dah teringin mahu kurus cepat2 tu, jom try diet atkins yaa... Aku pun bcadang nak diet atkins seminggu sempena puasa ni.. Nanti time raya kan nak pakai baju tu biar nampak selimm juga sikit... ahhahahhaha.. okeylaah, setakat ni saja post aku pasal atkins ni.. Gudluck!











